Sunday, February 7, 2010

PERINGATAN

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.


Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.


Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

p/s: actually mende ni lupe amik kat mane.. tp mase google2 ari2... so x tau nk kredit kat sape.. so kredit kat mr. google la..

No comments:

Post a Comment