Friday, October 16, 2009

KISAH DAN TELADAN- ISTERINYA SEORANG KHUNSA


Semasa Saidina Ali r.a memerintah maka terjadilah satu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang khunsa (memiliki dua alat kelamin).

Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama, isterinya yang khunsa itupun melahirkan anak. Tidak berapa lama selepas itu, timbul pula nafsu berahi wanita khunsa itu terhadap jariahnya. Akhirnya jariah ini juga melahirkan anak.

Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini sampai ke pengetahuan Saidina Ali. Khalifah terus menghantar pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar air mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak suaminya dan boleh juga menjimak jariahnya.

Untuk menentukan jantina sebenar wanita ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini. Hasilnya ternyata rusuk sebelah kiri wanita ini kurang satu dari rusuk yang kanannya. Saidina Ali menetapkan bahawa wanita yang khunsa ini adalah lelaki.


Alasannya, ketika Allah menjadikan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, Allah mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa. Oleh sebab itu, tulang rusuk sebelah kiri Adam kurang satu. Khalifah Ali memisahkan perkahwinan tersebut kerana dianggap tidak sah.



p/s: taking this from d tagged..

No comments:

Post a Comment